10 Antara Tempat-tempat Di Bumi Yang Membuatkan Anda Bagaikan Berada Di Dunia Fantasi.



1.Dry Valley (Antartika)

Dry Valley (Lembah Tandus) di Antartika ini dikatakan mempunyai kondusi seakan-akan sama seperti berada di Planet Marikh. Dengan landskap bergunung-ganang yang memukau, kawasan ini hampir setiap tahun tidak menerima salji walaupun mempunyai suhu yang rendah.



Persekitaran lembah ini dikatakan tidak seperti berada di bumi dan lantai di lembah ini kadang-kadang mengandungi tasik-terusan beku dengan ais tebal kedalaman beberapa meter.

Dibawah bekuan ais ini mengandungi ais masin dengan kehidupan yang misteri dan masih dibuat kajian oleh para saintis.




2.Gua Ais Eisriesenwelt (Austria)

Sebaik saja anda memasuki gua ais ini, anda dapat rasakan seolah-olah berada di sebuah planet asing. Itulah Gua Ais Eisriesenwelt yang terletak di Austria.

Tedapat banyak gua ais di dunia tetapi Gua Ais Eisriesenwelt ini merupakan gua ais yang terbesar di dunia setakat ini.

Walaupun gua ini dibuka untuk para pelancong, namun hanya sebahagian gua ini saja yang boleh dilawati oleh orang awam manakala yang sebahagiannya lagi dikekalkan kelestariannya.




3.Kolam Air Panas Blood Pond (Jepun)

Anda mungkin tidak sanggup untuk berendam di dalam kolam air panas ini. Blood Pond Hot Spring ini yang lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai salah satu "Kolam Neraka" (jigoku) Beppu, Jepun, berwarna merah secara semulajadi akibat kandungan iron didalamnya. Kolam air panas ini lebih mendapat kunjungan orang ramai kerana keunikannya, daripada datang untuk berendam.




4.Kliluk, the Spotted Lake (Canada)

Akibat cuaca panas ketika musim panas, air tasik di Tasik Spotted yang terletak di British Columbia dan Washington ini akan mula menyejat dan menghasilkan mineral lalu membentuk banyak bulatan putih berbingkai serta kolam cetek. Air kolam tersebut mengandungi kepekatan mineral yang tinggi seperti magnesium sulfat, kalsium dan natrium sulfat termasuk perak dan titanium. Warna kolam tersebut kadang-kadang berwarna biru, hijau atau kuning pekat bergantung pada kepekatan mineral.




5.Struktur Richat (Mauritania)

Pembentukan formasi menakjubkan ini terletak di Mauritania, sebahagian daripada Gurun Sahara, dikenali sebagai Struktur Richat (The Richat Structure). Pembentukkannya yang terlalu besar dengan berdiameter 30 batu ini dapat dilihat jelas dari angkasa lepas.

Formasi pembentukkan ini pada asalnya dipercayai terbentuk akibat hentakan meteor pada jutaan tahun dahulu namun kini pakar geologi percaya ia terbentuk akibat pergerakan lapisan muka bumi dan letupan gunung berapi. Namun begitu, bagaimana formasi ini terbentuk masih menjadi misteri sehingga kini.




6.Vale da Lua (Brazil)

Vale da Lua atau lebih dikenali sebagai Lembah Bulan (Moon Valley) merupakan kawasan batuan unik kesan akibat unsur hakisan lalu terbentuk satu kolam renang semulajadi. Terletak di kawasan pendalaman hutan Cerrada, Brazil, ia kini menjadi satu daya tarikan pelancong buat Brazil. Formasi unik batu-batuan ini dipercayai salah satu formasi batuan yang paling tua di bumi dan sering disalah tafsir seperti berada di permukaan Marikh.




7.Pulau Socotra (Laut Hindi)

Pulau Socotra merupakan sebahagian daripada sekumpulan empat pulau, terletak di Lautan Hindi dan terasing secara geografi dari tanah besar Afrika sejak jutaan tahun dahulu. Walaupun beriklim panas dan kering, terdapat banyak tumbuhan unik dan asing hidup subur diatas pulau ini.

Terdapat tujuh ratus spesis flora dan fauna yang amat jarang (satu pertiga daripadanya adalah endemik) boleh didapati di pulau itu.



8.Hutan Batu (China)

Hutan batu ini merupakan contoh terbaik bagi fenomena Topografi Kars. Batu-batuan ini terdiri daripada batu kapur dan dibentuk oleh air penelusan permukaan tanah dan menghakis sedikit demi sedikit. Kawasan ini merupakan kawasan pertama yang diiktiraf sebagai "keajaiban di dunia" sejak zaman pemerintahan Dinasti Ming lagi.




9.Salar de Uyuni (Bolivia)

Salar de Uyuni, Bolivia mungkin merupakan salah satu landskap yang paling menakjubkan di dunia. Ia merupakan satu kawasan indah dengan padang pasir garam yang terbesar di dunia, gunung berapi aktif, dan pancutan air panas. Keindahan landskap tersebut membuatkan ia seperti sebuah landskap yang asing buat planet bumi.



10.Rio Tinto (Spain)

Terhasil daripada bekas lombong yang besar, pemandangan sungai di Rio Tinto ini membuatkan landskap persekitarannya menjadi seperti berada di permukaan bulan. Akibat pencemaran itu, sungai yang dikenali sebagai Sungai Rio Tinto ini bertukar menjadi warna merah, dengan kandungan sumber logam berat serta sangat berasid (PH 1,7-2,5) dan tidak sesuai untuk kehidupan. Penduduk kampung disekitar sungai ini telah dipindahkan dan sungai ini kekal "merah" sehingga kini dan tidak lagi berpenghuni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...