14 Manusia Yang Maut Dengan Ciptaan Mereka Sendiri.



1.THOMAS ANDREWS PENCIPTA KAPAL TITANIC

Thomas Andrews adalah salah seorang ilmuan yang meninggal dunia akibat ciptaannya sendiri. Thomas Andrews meninggal pada 15 April di usia ke 39 tahun akibat turut serta dalam perjalanan perdana kapal Titanic hasil ciptaannya itu. Thomas Andrews dikenali sebagai salah seorang arkitek



kapal Titanic yang bertugas mengawal kapal tersebut hingga akhirnya dia maut bersama ciptaannya sendiri.



2.FRANZ REICHELT @ LELAKI BURUNG PENCIPTA PARASUT UNTUK PILOT

MENARA Eiffel di Paris, Perancis, adalah salah satu menara ikonik di dunia. Bangunan tertinggi di Kota Paris itu telah menarik minat berbagai orang dari penjuru dunia untuk berkunjung. Pengunjung pada umumnya datang untuk menikmati permandangan indah Kota Paris dari menara Eiffel.

Tetapi seorang lelaki bernama Franz Reichelt nekad melakukan sesuatu yang ekstrem di bangunan yang tingginya lebih dari 300 meter tersebut. Pada tahun 1912, Franz Reichelt diketahui nekad melompat dari puncak menara Eiffel dengan menggunakan parasut buatannya sendiri.

Namun dia maut selepas parasutnya gagal berkembang dengan baik. Franz lahir di Wina Austria pada 1879. dia berpindah ke Perancis pada 1898 di usianya yang baru mencecah 19 tahun. Tidak lama kemudian, tepatnya pada 1909, Franz secara rasmi mendapat status kewarganegaraan Perancis.

Dalam hidupnya, Franz diketahui tidak pernah berkahwin. Namun dia menjadi seorang penjahit yang sangat berjaya. Franz tertarik dengan perkembangan parasut dan tertarik dengan dunia penerbangan.

Dia pernah marah dengan kecelakaan yang terjadi di udara melibatkan pilot. Hal itulah yang kemudian membuatkan Franz untuk membuat teknologi keselamatan pesawat yang aman bagi setiap orang.


3.OTTO LILIENTHAL PENCIPTA PESAWAT KAYU

Merupakan ahli mekanik Jerman yang membuat sejumlah kapal terbang dengan bantuan Gustav, saudaranya. Ketika berumur 43 tahun Lilienthal memulakan percubaanya. Dia ikatkan dirinya di pesawat luncurnya yang terbuat dari kayu lapis dan kanvas.

Arus angin yang datang, mengangkatnya dengan lembut melintasi bukit-bakau. Dengan kejayaannya ini, dia lebih berani lagi meneruskan percubaanya dengan pesawat luncur yang lebih besar dan dari bukit yang lebih tinggi.

Dalam jangka waktu 5 tahun dia melakukan lebih dari 2000 penerbangan dengan jarak tempuh sehingga 1000 kaki. Pada suatu pagi, bulan agos 1896, angin yang berhembus tiba-tiba menyeret pesawatnya hingga dia tercampak dan mati dengan luka patah di leher. Dia mencipta pesawat tersebut dibelakang rumahnya.




4.VALERIAN IVANOVICH ABAKOVSKY PENCIPTA KERETAPI BERKIPAS

Valerian Abakovsky adalah pencipta Aerowagon. Aerowagon atau aeromotowagon adalah kenderaan eksperimen yang merupakan kenderaan bergerak di atas rel dengan kecepatan tinggi yang dilengkapi dengan mesin pesawat berkipas. Kenderaan ini awalnya dibuat dengan tujuan untuk membawa ahli-ahli tertinggi di Soviet.

Pada 24 July 1921, sekelompok komunis yang dipimpin oleh Fyodor Sergeyev menaiki Aerowagon tersebut dari Moscow ke Tula. Abakovsky juga menjadi salah seorang yang ikut dalam perjalanan tersebut.

Mereka berhasil sampai di Tula dengan selamat, namun saat kembali menuju Moscow, kenderaan tersebut tergelincir dari rel dengan kecepatan yang tinggi lalu mengorbankan 6 orang di dalamnya termasuk Abakovsky. Sementara itu 16 orang lainnya selamat.


5.THOMAS MIDGLEY, JR. MENCIPTA KATIL MUDAH BANGUN

Dia adalah seorang mekanik dan ahli kimia, juga merupakan seorang tokoh penting dalam pasukan ahli kimia, yang dipimpin oleh Charles F. Kettering yang mengembangkan tetraethyllead (TEL) aditif untuk bensin serta chlorofluorocarbons (CFC).

Di akhir hidup Thomas ketika berusia 51 tahun, dia mengalami poliomyelitis, suatu penyakit menular yang disebabkan oleh poliovirus. Penyakit yang dideritainya itu kemudian menyebabkan kelumpuhan parah.

Kerana ingin membantu orang-orang yang perlu mengangkatnya dari tempat tidur, dia kemudian menciptakan sebuah katil dengan tali dan sistem beroda untuk membantu mereka mengangkat tubuhnya.

Tetapi sistem ini kemudian mengorbankan Thomas setelah dia tersangkut di tali dan meninggal kerana tercekik di usia 55 tahun




6.ALEXANDER BOGDANOV MENCIPTA TEORI ALAT PERTUKARAN DARAH

Borgadanov adalah seorang ahli filsafat, penulis bahan ilmiah, doktor, serta seorang pejuang revolusi etnik Belarus. Setelah menamatkan latihan dalam bidang ubat-ubatan dan sebagai seorang doktor, dia mencipta suatu teori tentang kemungkinan penyembuhan manusia melalui pertukaran darah.

Pada 1924, Bogdanov membuat eksperimen pertukaran darah kerana berkeinginan untuk kelihatan muda selamanya atau paling tidak menyembuhkan sebahagian penyakit lainnya. Setelah melakukan 11 kali pertukaran darah, dia memberitahu bahawa penglihatannya semakin baik, masalah rambut botaknya selesai dan berbagai transformasi positif lainnya.

Bahkan rakan-rakannya mengatakan bahawa dia kelihatan 7 hingga 10 tahun lebih muda. Pertukaran darah yang dia lakukan seterusnya mengorbankan dirinya setelah dia mengambil darah seorang pelajar yang menderita malaria dan batuk kering. Walaupun Bogdanov mati, untungnya, pelajar yang mendapatkan darah dari Bogdanov tersebut kemudian sembuh seperti sediakala



7.HORACE LAWSON HUNLEY MENCIPTA KAPAL SELAM BUATAN SENDIRI

Dia adalah seorang jurutera marin Konfederasi semasa Perang Saudara Amerika. Dia mengembangkan kapal selam berkuasa tangan awal, yang paling terkenal di antaranya adalah bernama bernama H. ​​L. Hunley, sempena namanya juga. Sebenarnya kapal ini kurang tepat jika disebut sebagai kapal selam kerana saat beroperasi kapal ini tidak menyelam sepenuhnya, dan masih ada sebahgian kecil badannya berada di atas permukaan air.

Namun kapal buatan Horace Lawson Hunley ini bekerja dengan prinsip-prinsip kapal selam seperti menggunakan tangki balast untuk membuatnya tenggelam atau muncul sepenuhnya di permukaan air serta untuk menjaga keseimbangan saat berlayar.

Model pertama dibuat di New Orleans karam pada tahun1862. Lalu model kedua dicipta dan karam juga di Alabama. Setelah model ke 3 selesai, ia memutuskan mencuba sendiri Bersama 7 krunya yang lain. Dia berangkat pada tanggal 5 Oktober 1863. Kapal selam ini juga karam di perairan Charleston dan mengorbankan semua orang di dalamnya termasuk Hurnley sendiri penciptanya.

Namun kapal itu diangkat dan diperbaiki kembali. Serangan terakhir kapal ini dilakukan 17 Februari 1864. Saat itu kapal tersebut menyerang kapal perang USS Housatonic yang tengah ambil bahagian dalam operasi blokade terhadap pelabuhan Charleston.

Dengan bebekalkan bom yang dibawa, Kapal Hunley berhasil meledakkan USS Housatonic. Namun, kemungkinan akibat kesan ledakan tersebut, kapal Hunley pun tenggelam lagi dan mengorbankan 8 orang anak kapal.
Kapal selam unik ini ditemukan kembali tahun 1995, lalu diangkat pada tahun 2000 untuk dibersihkan dan dipamerkan di Charleston. kapal ini kini tidak lagi tenggelam kerana "sudah tidak digunakan lagi"



8.SABIN ARNOLD VON SOCHOCKY PENCIPTA CAT BERCAHAYA

Sabin adalah seorang penemu pertama menggunakan cat bercahaya yang berbahan radium. Dia juga merupakan pemilik dari perusahaan besar di Amerika Syarikat, Radium Luminous Material Corporation.

Seperti yang diketahui, Radium adalah zat radioaktif berbahaya yang boleh menyebabkan kematian. Pihak pengurusan U.S. Radium dan para ilmuan melakukan tindakan pencegahan dengan menggunakan topeng, sarung tangan serta alat perlindungan lainnya.

Namun tidak dengan pekerja Sabin yang banyak tidak mengetahui bahaya dari radium tersebut. Akibatnya, banyak orang kemudian mengalami anemia aplastik yang disebabkan kerana sumsum tulang tubuh berhenti memproses sel darah baru, pendarahan pada rahang, matinya sel-sel tubuh, hingga kanser tulang. Sabin sendiri akhirnya mati kerana anemia aplastik akibat dari paparan radium.


9.HARRY HOUDINI AHLI SILAP MATA

Houdini merupakan ahli silap mata terkenal dengan berhasil menciptakan trik-trik hebat pada permainan silap matanya. Kematian Harry disebabkan oleh penyakit usus dalam perut gara–gara sering mempamerkan kepada penggemarnya seperti boleh menyerap pukulan-pukulan yang dilayangkan pada tubuhnya. Penyakit ususnya menjadi semakin meradang hingga membuat dirinya mati di umur 52 tahun, pada 31 Oktober tahun 1926.



10.WILLIAM BULLOCK PENCIPTA MESIN CETAK BERSAMBUNG

William Bullock adalah pencipta alat yang memiliki fungsi untuk mencetak dengan menekan dan memutar rol kertas secara bersambung (terus-menerus).

Akan tetapi, alatnya ini bertukar menjadi sebuah tragedi bagi dirinya. Saat menggunakan alat press miliknya ini, Bullock mengalami kecelakaan dimana tubuhnya tertarik oleh putaran mesin yang menyebabkan kakinya luka dan membusuk.

Pada akhirnya, luka di kaki itu pun semakin parah hingga membuat Bullock meninggal dunia diusia 54 tahun. Bullock lahir di New York pada tahun 1813



11.SYLVESTER H. ROPER PENCIPTA BASIKAL WAP

Berasal dari Massachusetts dan merupakan pencipta basikal bekuasa wap. Pada Tahun 1863, dia membuat kenderaan bertenaga wap serta Roper steam velocipede yang merupakan motor pertama.

Pada 1 Jun 1896, Roper mengendali salah satu model velocipede terbarunya di lintasan dekat Harvard Bridge. Dia berhasil menghabiskan beberapa pusingan dan melewati para penunggang lain yang turut berada di sana.

Roper berhasil mencatat waktu terpantas iaitu 2 minit 1,4 saat dengan kecepatan tertinggi 64 kilometer per jam. Dia kemudian terlihat terhuyung-hayang dan jatuh di lintasan serta mengalami cedera di kepala lalu meninggal dunia.

Hasil otopsi menunjukkan dia mengalami kegagalan jantung, namun tidak diketahui apakah kecelakaan yang dia alami terjadi kerana tekanan pada jantungnya atau dia mengalami kegagalan jantung dahulu yang menyebabkan kecelakaan tersebut.




12.MAX VALIER PENCIPTA KERETA ROKET

Valier adalah orang yang bekerja dengan director perusahaan Opel, Fritz von Opel, antara 1928 dan 1929. Dia bekerja di sebuah perusahaan kereta dan pesawat bertenaga roket.

Pada tahun 1920-an, dia fokus pada pengkembangan mesin roket yang berisi cairan. Segera dia mengembangkan Valier-Heylandt 7, kereta roketnya menggunakan propulsi cair.

Malangnya, Max Valier maut pada 17 Mei 1930, ketika sebuah mesin roket berbahan bakar alkohol meledak di kawasan ujikajinya di Berlin.


13.JAMES WILLIAM "JIMI HASELDEN" PENCIPTA SEGWAY

Merupakan salah seorang tokoh ilmuan yang mati gara–gara ciptaannya sendiri. James Haselden menjadi tokoh ilmuan yang berhasil menciptakan sebuah Segway atau kenderaan beroda dua.

James sendiri adalah pemilik perusahaan Segway di Inggris, Hesco Bastion. Namun, James Haselden meninggal dunia di usia 62 tahun akibat terjatuh dari Segway dan tergelincir ke dalam jurang berkedalaman 30 kaki.

Jasad James akhirnya ditemukan di sungai, dekat kediamannya di West Yorkshire, Inggris bersama dengan Segway yang dikendalinya itu.



14.MARIE CURIE PENEMU RADIUM DAN POLONIUM

Marie Curie seorang ilmuan wanita yang berhasil menemukan dua unsur radioaktif radium dan polonium dengan menggunakan radon. Radon tersebut nantinya akan mengeluarkan gas dari unsur radium yang boleh dijadikan manfaat sebagai ubat penyembuhan penyakit luka– luka.

Penemuannya ini membuatkan Marie menjadi seorang pemenang dengan memperoleh dua penghargaan Nobel pertama. Akan tetapi , semakin lamanya Marie berinteraksi dengan dua unsur radioaktif dan polonium ini memberikan kesan buruk bagi kesihatannya.

Marie menderita anemia aplastic kerana sumsum tulang tidak boleh memproduksi sel darah yang baru akibat paparan radiasi hingga membuat Marie menemui ajal pada 4 July 1934, di umur 66 tahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...