Antara Tempat-Tempat Di Dunia Yang Mempunyai Banyak Mayat Yang Tidak Dikuburkan



1. Gunung Everest

Merupakan puncak tertinggi di dunia dan menjadi tempat kegemaran pecinta alam. Jadi tidak menghairankan apabila Everest di penuhi mayat. Dengan perjalanan yang tidak mudah untuk ditempuhi ditambah dengan cuaca yang terlalu sejuk membuatkan tempat ini begitu sukar untuk sampai ke puncak dan bertukar menjadi peristiwa mengerikan.


Menurut laporan, ada sekitar 200 mayat terlentang begitu saja di kawasan pendakian. Itu belum termasuk dengan jasad yang hilang begitu saja. Menyedari hal tersebut, Asosiasi China merancang untuk membawa seluruh jasad di tempat ini untuk dikuburkan.



2. Desa Kuku Papua Nugini

Masyarakat Desa Kuku di Papua Nugini juga memiliki tradisi untuk tidak mengubur manusia yang sudah mati.

Mereka akan membakar mayat tersebut selama 30 hari dan menyalutinya dengan tanah liat merah. Setelah melalui tradisi itu, mayat akan disandarkan pada tebing.

Orang-orang disini percaya jika orang mati dikubur, mereka khuatir akan terjadi bencana. Selain itu, mereka juga mempunyai tradisi untuk berbual-bual dengan mayat-mayat tersebut.


3. Pompeii, Itali

Cerita tentang Kota Pompeii atau Kota maksiat telah dikenali banyak masyarakat. Kota ini awalnya merupakan syurga dunia pada masanya yang kemudian berubah menjadi neraka. Gunung Vesuvius di Naples memuntahkan lavanya yang memanggang seluruh penghuni kota paling berdosa tersebut.

Akibat peristiwa mengerikan itu, semua warga Kota Pompeii tidak kira lapisan masyarakat berubah menjadi batu. Saat ini, tempat tersebut menjadi daya tarikan orang ramai yang ingin melihat lebih dekat puluhan manusia yang merasa dahsyatnya kemarahan Tuhan.


4. Tasik Roopkund, India

Pada tahun 1942, seorang penjaga hutan dikejutkan dengan pertemuan kerangka manusia di Tasik Roopkund. Tasik ini berada di ketinggian 5.028 meter di atas permukaan laut. Selain itu, perjalan untuk menuju ke tasik ni sangat sukar.

Penelitian pun dilakukan. Awalnya para ahli menyatakan bahawa jasad itu merupakan manusia modern. Namun setelah diselidik lebih terperinci, ternyata mereka merupakan manusia yang telah hidup di tahun 580 Masihi. Jadi persoalan bagaimana boleh jasad-jasad mereka boleh berada di tasik tersebut masih belum dirungkai.


5. Baja, Mexico

Sekelompok arkelogi dikejutkan dengan perjumpaan kerangka-kerangka manusia di La Paz Bay, Baja, Mexico. Ada sekitar 57 mayat manusia yang dipercayai hidup sekitar 2,301 tahun yang lalu. Mayat-mayat tersebut terkubur tidak terlalu dalam dan dilapisi dengan kulit kerang.

Anehnya, kebanyakan mayat yang ditemui dalam keadaan terpotong-potong. Seperti tulang pinggul, anggota bahagian belakang, tulang rusuk dan bahagian kepala.

Setelah diselidik, didapati masyarakat disekitar sini memiliki tradisi yang unik. Iaitu mengubur manusia yang meninggal, kemudian menggalinya kembali untuk dipisahkan tulangnya. Kononnya jika tulang-tulang tidak dipisahkan, mereka meyakini bahawa orang yang telah mati akan hidup kembali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...