PERJALANAN YANG MENCABAR " The Long Walk"


Slavomir Rawicz menghabiskan hidupnya tidak kurang dari dua tahun sebagai tahanan perang Soviet di Siberia, sehinggalah isteri dari komandan yang bertugas di kem tahanan tersebut bersedia membantunya untuk melarikan diri.



Slavomir bersama dengan 6 orang lainya, berhasil melarikan diri. Tetapi ini bukanlah pengakhiran untuk segalanya, kerana risiko untuk maut sudah menanti mereka di hadapan. Ini kerana kem tahanan mereka itu berada di tengah-tengah hutan salji Siberia yang cukup tebal.

Para tahanan ini harus melewati badai salji yang sentiasa menemani sepanjang perjalanan mereka. Mereka juga perlu menangkap apa-apapun yang boleh mereka makan untuk bertahan hidup. Setelah berhasil keluar dari medan bersalji itu, kemudian mereka di hadapkan dengan cabaran yang baru.

Mereka perlu menyeberangi gurun gobi yang panas. Tidak cukup sampai disitu, para tahanan ini perlu mendaki gunung Himalaya sebelum akhirnya berhasil sampai ke India. Jika di hitung jumlah perjalan luar biasa ini setidaknya telah mencapai jarak 6,400 killometer untuk bertahan hidup.

Sayangnya tiga diantara mereka tidak berhasil sampai ke destinasi dan meninggal semasa dalam perjalanan. Hanya empat yang berhasil sampai dengan selamat di India setelah melalui wilayah paling ekstrim di dunia. Kisah mereka difilemkan dengan tajuk " The Long Walk"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...